Leap Year

[11.20pm - 29 Febuari 2012 ]

Assalamualaikummmmmm!

fuh,ni dah kali ke patplohlapan aku pikir nak delete blog.kesiannn.terabaiiiii.salahkan twitter!salahkan twitter!

Leap Year! Leap Year!
sempena doplohsembilanharibulan ni,rasa nak update entri 'sillysilly' (baca:bodohbodoh). lagi empat tahun baru jumpa balik 29hb! em em, time tu dah 25tahunnnn kau Lynnnn. fuuhhhhhh.hoi hoi. insyaAllahhhhhh,time tu dah habis belajar! dah genggam ijazah! dah kahwin? ke dah beghanak pinak? kahkahkah! wallahua'lam. moga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki. banyak lagi planning untuk masa depan ni. nak p umrah dengan mak abah semua dulu. kerja. ke sambung belajar ke. insyaAllahhhh. doa doa doa. aminnnnn.

so now dah masuk mingu ke-2. jadual still tak teraturrrr. ni lah paling sepoiill mood awal2 sem. semua kacaubilau. jadual kacaubilau,duit poket lagi lah kacaubilau. nak bayar itu ini. sabar je la. -.-

aaa lupa. talk Productive Muslim hari tu seriussssss best! brother Faris tu besttt gila. memag betul2 produktif! semangatttt betul dia. macam2 benda dia share. kagum dengan dia ni. muda2 dah kerja hebat. kerja dengan Islamic Development Bank. but in the same time ada company sendiri,Productive Muslim tu. 2 cabang yang berbeza. fuh. betul2 ter-recharge semangat. rajin2, lawat la productivemuslim.com . macam2 ada. ;))

PRODUCTIVITY = FOCUS + ENERGY

*******

SPIRITUAL STRENGTH
 + 
PHYSICAL VITALITY
 +
 SOCIAL RESPONSBILITY
 =
 PRODUCTIVE MUSLIM LIFESTYLE

********

how to focus?  ; 

FOCUS = DISCONNECT + SIMPLIFY! 

disconnect ? disconnect from social network!disconnect from all distractions! cabaran paling besar untuk sayaaaa!hahaha *mengaku* ok harapppp mampuuuuuuu lahhh lawan nafsuuuu bila kelas betul2 dah start.aminnnnnn...

ps ; emmmm emmm  tapi stilll ada lagi distraction even campak laptop pon. phoneeee! >__<

ok bai! ma'assalamah.

[11.47pm - overnight di UKM]

Productive Muslim - Special Talk in USIM

[10.02am - 18 Febuari 2012]


Assalamualaikum






speaker : Mr. Mohammed Faris (Founder & CEO of ProductiveMuslim.com)

entrance fee : RM 10

for registration or any inquiries;
- Wan Norsyahira : 0132691289
-  Mohd Dzulhafiz : 0193418151


event pembukaan semester yang menarik! saja tolong sebarkan. jemput lah ye. open untuk semorang. :)
tak tau pasal productive muslim ni,boleh p selongkar YouTube. belambak video dari diorg. sangaaaaattt best. dan sangatttt menarik. dan esok pukul 9.30pagi kat TVAlhijrah ada interview pasal Productive Muslim Malaysia Tour 2012 ni. enjoice. happy weekend! ;))





Entri untuk abah

[1.32am - 17 Febuari 2012]


Assalamualaikum.


*entri ini untuk Abah saya.harap tak baca.hahaha*


*pic ni abah suruh tangkap.dia nak pose.hahaha*



Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to Abah..
Happy birthday to youuuuuuu...
 *tiup lilin*


alhamdulillah.
genap 50 tahun dah abah hari ni.terima kasih ya Allah for giving us the most osem abah in the world.of course osem mak olso.love both of you eternally.mmuahhhh..

abah.
suka tersasul cakap. kadang2 tu semua benda nak dicakap dalam satu masa. jadi akan keluar la ayat2  lawak-yang-tak-boleh-blah dari abah. tapi muka tetap kering je. orang lain dah gelak bagai nak gila. dia boleh buat selamba. hahaha. 


abah.
tak boleh buat dia start gelak. kalau tak,memang non-stop gelak. plus! kuat pulak tu. hahaha (patut aku pon camtu.warisi hagaknye.hahaha) pernah time dinner kat luar,ada benda lawak apatah yang kami dok gelak2,tapi dia maintain je. konon nak tahan gelak la memula. sekali dah pecah gelak dia, haaaahhh kau, satu kedai dok tengok. sorok muka bawah meja je boleh time tu. maluuuuuuu habaq hang. hahahaha

abah.
my best man in the world! XD abah,ayah,bapak,daddy,papa,abi,walid,or apa2 lagi panggilan. masing2 punya hero masing2. kan? and my abah is my hero. hiks. so nanti nak cari laki nanti pon,nak macam abah. hahaha. lawakkkk. tegas. garang pada tempat yang patut garang. understanding. supportive. ah. macam2 lagi lah. yang penting, nak ngadu apa2 pon, selalu jugak aku ngadu kat abah selain mak. mak memang tempat perkongsian yang terangjelasdannyata la kan. dulu makcik2pakcik2 suka cakap aku anak abah. asek2 abah. yes i ammm. hahhaha. may be sebab dulu kecik2 selalu ikut abah sana sini kot. abah p main bola,aku ikuttttt. dok tunggu tepi padang. abah p main tenis,aku ikutttt. dok luar court. tengok sahaja hokey. cam hapa tah nyibuk. hahaha. but who cares. tapi dulu, kakak tak pulak minat nak ikut abah sana sini macam aku. semua aktiviti aku sukaaa. kira macam aku and abah minat benda yang sama la. pelik ke? tak kan? tu yang jadi anak abah kot. hahaha. eh tapiiii, nowww si kecik tu yang dah jadik anak abah. manja betoi. (~_~)

tadi konon2 nak suprisekan abah pukul 12 tadi. nak wish tepat2 pukul 12 la konon2. tapi hampehhhh jeeeeee. alarm phone abah berbunyi 5minit sebelum pukul 12. grrrrr. dan tambah geram lagi sebab,aku rasa aku yang p gatal tangan set hari tuuuuu. kahkahkah. sengal untuk diri sendiri. then,pukul 12 je,masing2 terus ''HAPPY BIRTHDAY ABAH''! ;))


dear abah ;
-semoga abah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
-semoga abah dikurniakan kesihatan yang berpanjangan..sihat walafiat..
-semoga abah diberkati,dirahmati dan sentiasaaa dalam lindunganNya..
-semoga abah suksesss dan terus suksesss..
 *selautannnnn doa untuk mak abah.tak tersenarai sebenarnya...dan doa untuk diri sendiri agar diberi kesempatan membalas balik segala jasa dan pengorbanan mak abah.insyaAllahhhhh.. ;)

*bahagia sampai syurga.aminnnnnnn*


[#np tentang rasa ]