perniagaan MLM Herbalife

[4.30pm - 02 February 2012]



[entri ini panjang.read at your own risk]

Assalamu'alaikum.

Herbalife. tahu pasal produk ni? perniagaan produk kesihatan yang berkonsepkan perniagaan MLM. dan rasanya dalam pemikiran ramai orang, bisnes MLM ni semua berteraskan skim piramid atau senang nak pahamnye, bisnes HARAMMMMM sebab mengejar keuntungan semata.

before that nak cakap bahawasanya, yes!saya pengguna Herbalife and my family pengguna Herbalife.

dan bila orang cakap Herbalife ni MLM-SKIM PIRAMID segala bagai,aku tak ambil port. sebab mindset ; guna untuk benefit diri sendiri. yang untungnya diri sendiri. perkara2 lain siapa kisah.

tapi dalam tempoh ni,selalu la baca pasal artikel2 MLM ni. nak jugak paham apabenda MLM ni? nak tahu apa yang salah sebenarnya dalam bisnes ni? nak tahu dengan jelas sebab bila orang tanya Herbalife ni MLM ke? bukan ke haram?

so semalam i explored everything! to make me very very clear. so that,aku dah tak ragu2 MLM Herbalife ni haram ke apa. semua perkara yang semua orang Islam patut tahu pasal bisnes MLM dah dijelaskan oleh Ustaz Zaharuddin yang cooperate dengan JAKIM. semua tercatat dalam GARIS PANDUAN PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG SECARA PEMASARAN BERBILANG TINGKAT (MULTI-LEVEL MARKETING) MENURUT SYARIAH. so lets cekidaut ;

note : this is only about Herbalife.bisnes lain tak tau lah pulak.

1) Herbalife tu MLM ? yes. memang herbalife adalah bisnes MLM. tapi sebelum cakap haram ke apa, kena tahu dulu bisnes MLM ni bukan lah totally haram. tapi ;

"Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam".


so konklusi,MLM adalah HARUS tetapi mesti tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam. tu yang penting! ;)

2) korang pahamkan betul2 ye setiap takrif yang ada dalam garis panduan tersebut.senang untuk kesejahteraan diri sendiri. ;P

3) so now,lets make everyone clear about KRITERIA PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKAT (MLM) YANG DIHARUSKAN OLEH ISLAM. ada 15 perkara penting yep. do hightlight every part! semua penting.

******

pertamaBerdaftar dan mempunyai lesen. 

"Syarikat hendaklah berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan jualan langsung di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993."

checked!semata nak yakinkan diri aku,bukak balik agreement bila aku sign up jadi ahli. kat bahagian bawah agreement tu, memang ada tercatat pasal Akta Jualan Langsung 1993 ni. do check. ;)

kedua : Kontrak Jualan Langsung Secara Bertulis.

"Bertulis. Terma dan perjajian difahami dan dirpesetujui oleh syarikat dan peserta. mengandungi klausa “KONTRAK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA TEMPOH BERTENANG  SELAMA SEPULUH HARI KERJA”"

checked!memang ada dalam agreement tersebut.

ketiga :  Tempoh Bertenang.

"Tempoh bertenang ialah tempoh tidak kurang daripada sepuluh hari bekerja dari tarikh penyertaan yang membenarkan seseorang peserta membatalkan atau menarik balik penyertaan dalam perniagaan jualan langsung."

checked!part 1 dalam agreement Herbalife. notis hak pembatalan sebelum akhir tempoh bertenang.


keempat : Yuran Keahlian Pada Kadar Yang Minimum.

(ada few things lagi yang kena baca.tapi aku highlight yang penting)

"Yuran keahlian hendaklah bukan pada kadar yang tidak munasabah dan begitu tinggi sehingga tidak lagi kekal sesuai dengan sifatnya untuk menampung kos  starter kit atau  business tools yang disediakan oleh syarikat ketika pendaftaran sebaliknya lebih menjurus kepada menjadi sumber bayaran kepada perekrutan ahli baru yang menjadi asas skim piramid. "

"Pembayaran yuran penyertaan tanpa sebarang imbalan atau pertukaran barang atau perkhidmatan kecuali sejumlah yang munasabah untuk menampung kos  starter kit atau  business tools dan seumpamanya adalah mengandungi elemen riba  al-fadhl dan riba al-nasi'ah, iaitu meletakkan sejumlah wang (yuran penyertaan) secara tunai dengan tujuan untuk mendapat sejumlah wang yang lebih banyak yang berlaku secara tangguh."

checked! once sign up dengan Herbalife,ahli akan dapat business tools. berlaku pertukaran barang antara syarikat dan peserta. so clear. bukan just sekadar bayar yuran ahli or harga sesuatu barang,then korang dah dikira ahli. 


kelima : Tujuan Menjadi Peserta

" (i) - membeli dan menggunakan barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan "

" (ii) - menjadi pengedar, wakil atau ejen jualan kepada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan."


checked! so depend peserta sendiri. guna barang/perkhidmatan untuk keuntungan diri sendiri atau nak jadi pengedar.

keenam : Akad Dalam Perniagaan Jualan Langsung (part paling penting)

-jelas antara syarikat dan peserta.
-akad al-ju`alah (الجعالة) ; [kena faham betul2 bahagian ni] 

"Al-ju`alah ialah akad yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji iatu alja’il. Akad ini bersifat  result-oriented iaitu berorientasikan natijah dan bukannya  effort-oriented iaitu berorientasikan usaha menyebabkan upah hanya wajib diberi oleh  al-ja’il dan layak diterima oleh orang yang melakukan kerja iaitu al-’amil apabila natijah yang disyaratkan oleh  al-ja’il berjaya 11direalisasikan dan bukan semata-mata dengan melakukan usaha dan mencurahkan tenaga."

"Di antara sesama peserta pula iaitu uplines dan  downlines tidak wujud akad tertentu selain hubungan kerjasama sebagai al-musytarikun fi al-’amal atau pihak-pihak yang melaksanakan sesuatu tugas secara bersama-sama  yang berkongsi upah melalui formula yang telah ditetapkan dalam pelan pemasaran."

checked!upah dalam Herbalife hanya diberikan kepada mereka yang buat kerja. tak ada istilah orang bawahan buat kerja teruk2,orang atas dapat upah lebih. so kalau orang bawah kau buat kerja lebih, pedulik hapaaa lah kan dengan orang atas. upah ko dapat nanti lagi besar dari orang atas. takde istilah orang bawah tak boleh up dari orang atas. nope.

ketujuh : Kontrak Berteraskan Prinsip Saling Reda-Meredai (التراضي)

"...serta bebas daripada unsur paksaan, manipulasi dan eksploitasi"

checked! bebas.

kelapan : Keistimewaan Peserta

"Mendapat potongan harga bagi setiap pembelian dan/atau mendapat baucar atau kupon bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat. Potongan tersebut adalah berdasarkan akad al-wa’d bi alhibah (janji untuk memberi hibah)."

checked! dah nama pon ahli. dapat la sikit potongan harga.

kesembilan : Kriteria Produk 

(jugak perlu baca beberapa perkara lagi.ni hightlight yg penting)

"Produk yang dikeluarkan oleh syarikat hendaklah terdiri daripada barang dan perkhidmatan yang halal dan bermanfaat menurut perspektif syarak."

checked! Herbalife ada sijil dari INFANCA - badan yang memberi kelulusan halal untuk worldwide punya. nak tengok sijil ni pon boleh google. ada je.

boleh tengok sini --> http://www.ifanca.org/about/


checked! so no doubt.


kesepuluh :  Harga Produk

"Harga bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah munasabah,  berpatutan, tidak melampau dan berkadaran dengan jenis dan kualiti barang dan perkhidmatan."

"Produk yang ditawarkan masih diminati untuk dibeli oleh pengguna pada harga yang ditawarkan tanpa mengambil kira pelan pemasaran MLM yang disediakan."

checked! bagi aku,berbaloi dengan result yang consumer2 dapat. dan orang pon suka nak beli. tiada paksaan.

kesebelas :  Pemberian Insentif [penting]

(perlu baca beberapa perkara lagi)

"Pembayaran komisen, bonus atau faedah ekonomi lain dalam perniagaan jualan langsung adalah berdasarkan prinsip  al-jua`lah atau hibah."

"Komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah diambil daripada keuntungan jualan produk dan/atau atas sumbangan syarikat."

checked! refer balik konsep al-jua'lah kat atas tu. sama je la. orang tak bekerja,memang la sah2 tak dapat gaji.

keduabelas :  Pelantikan Penasihat Syariah

settle with IFANCA.


ketigabelas :  Program Latihan


"Syarikat hendaklah menganjurkan program latihan bagi tujuan seperti yang berikut:
(i) untuk memperkenalkan produk kepada peserta khususnya bagi produk yang mempunyai ciri-ciri khusus yang bersifat teknikal dan ciri-ciri khusus yang mematuhi hukum syarak; 
(ii) untuk memberikan pendedahan kepada peserta berhubung dengan kaedah pemasaran bagi meningkatkan prestasi jualan syarikat secara beretika dan mematuhi undangundang."

checked! thats why Herbalife banyak event. make people clear about their business plan,about their product.

keempatbelas & kelimabelas : Polisi Beli Balik Atau Polisi Bayar Balik & Penarikan Diri Peserta

checked! dalam agreement,ada satu helaian pasal polisi beli balik bagai ni. do check.


and last part, korg kena baca UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKAT. so kat situ korg paham nanti macam mana skim piramid tu. so adalah sangat penting untuk anda semua baca garis panduan tersebut.


******

phewwwww. lap peluh untuk entri ni. anyway,aku rasa nak buat entri ni bila aku sendiri dah betul2 yakin. aku jelas, orang yang baca pon jelas. bukan sebab aku nak promote Herbalife ke apa. tapi yang pentingnya,nak diri sendiri jelas dulu. so aku tak ada la rasa kekok/blurr/macam orang tak ada ilmu bila orang tanya pasal sistem perniagaan Herbalife ni. nak pulak bila yang terus tanya pasal Herbalife ni MLM ke apa. aku bukan ahli bab2 camni. so now,bila aku jelas,so harap2 orang2 di luar sana pon jelas. sama2 menjelaskan diri. nanti kang orang cakap,belajar agama bertahun,tapi halal-haram anggap benda ringan je. suka ke? sapa nak camtu? aku takmauuuu. serius tekun gila aku kaji semalam. semata2 nak kesohehan. hahaha.

ok then. take care people. 

[5.50pm - jangan biarkan diri anda diselubungi ragu2.haha]